Mencari keredhaan keatas penciptaNya dan ingin menjadi seorang yang mempunyai matlamat hidup yang diimpikan :D
Isnin, 9 April 2012
Indahnye rasa bila dicintai !
Salam dan selamat sejahtera . Dah lama rasenya tak update cerita pasal diri aku kan ? Aku sebenarnya saja je membusykan diri dengan rutin harian dengan harapan akan mendapat ilham untuk menulis dalam blog ini .. Jika dilihat pada tajuknya , korang mesti pikir aku sedang bahagia kan ? Pada luarannya ye tapi dalaman hancur berderai bagaikan pasir di lautan lah katakan . Aku sedang mencari-cari siapa lah Mr.right yang sanggup menerima diri ini seadanya . Aku teringin untuk merasa kebahagian yang dirasai oleh semua orang .. Sedih tak kepalang bila aku mula teringat semua itu .. Aku masih mengharapkan seseorang itu kerana pada aku , dia adalah yang terbaik untuk aku walaupun rupanya kurang dan tak memiliki harta yang banyak . Tapi sayang , dia milik orang lain .. Sanggupkah kau melihat aku menunggu dirimu walaupun ku tahu kau takkan jadi milikku ? Aku dah membayangkan masa depan kita apabila kita susah disatukan menjadi suami isteri .. Aku mahu menjadi seorang ibu kepada anak kau wahai cinta hatiku .. Aku tahu disebalik hatimu tersimpan satu perasaan yang sama apa yang aku rasakan sekarang .. :( Aku hanya mampu berdoa kebahagian kau dan si dia . Biarlah aku keseorangan menempuh hidup yang penuh dengan cabaran ini .. wsalam :((
Suke ? Berikan komentar anda..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan