Selasa, 22 Januari 2013

Team building ,is the most happening moments in 2012 :D

Assalamualaikum ,
Entry kali ini akan mengembalikan kita pada tahun 2012 sebab aku rasa dalam tahun ini banyak kenangan yang best-best.. Hehe .. kenangan yang paling tidak boleh dilupakan adalah teambuilding dekat Felda Residence Trolak dekat Perak.. Akitiviti ini telah berjalan selama 3hari 2malam.. Pelbagai aktiviti yang kiteorang buat .. Pada mulanya , aku hanya berkumpul dengan batch aku je , tapi bila kiteorang dipecahkan masuk ke kumpulan lain , aku mula mengenali kawan-kawan yang tak pernah terlintas dalam otak aku ini.. Kiranya mula-mula nak berkenalan lah memang macam tu , betul tak ?? Okay2 , aku dah mula nak merapu , so kita teruskan dengan bukti-bukti yang sedia ada .. Biarlah hanya gambar yang berbicara :D


Perjalanan bermula :D

Aku with Syaza :D
Mari bersukan :D

Naim dengan Erwan :D

Leader group aku :D


Fikir kacak ke ? :D

Group discussion .. Bersimpuh tu  :)

Girlsss :D

Miss this moment :(

I like this pictures a lot <3



Dengan itu , maka berakhirlah post entry untuk kali ini .. Sebenarnya aku buat post nie sebab aku rindukan saat-saat manis bersama mereka ..Sekarang masing-masing dah busy dengan study dan kerja .. Bila lah kita nak bersama macam ini lagi kan ?? Okayylah , berjumpa kita di lain post .. Salam :D


Suke ? Berikan komentar anda..

Rabu, 16 Januari 2013

Kompang dipalu , pengantin malu :D



Assalamualaikum semua :D

Korang tengok entry post dekat atas tu mesti korang ingat aku nak kahwin kan ?? Mana ada lah , aku saja je nak share sikit bagaimana persiapan perkahwinan aku yang bakal akan tiba yang tak tahu bila lagi .. Hehe .. Kalau diikutkan , aku nak je buat besar-besaran tapi kalau difikirkan balik , membazir pulak .. Membazir kan amalan syaitan.. Lagipun Allah tak suka hambanya membazir .. Ikut nafsu lah katakan .. Apakan daya kita ini adalah hamba allah yang mempunyai 9 nafsu 1 akal (bagi perempuanlah) .. :D

Okayy , inilah masanya untuk menunjukkan warna-warna yang akan aku pakai di hari bahagia aku nanti :
Warna pelamin tunangku nanti :)
Baju tunangku :D

Ringkas je kan  ?
Kalau boleh , nak macam nie je ?

Pelamin anganku yang bakal tiba :D


Harap-harap  jadi kenyataan .. Aminn  :D

Dengan ini berakhirlah niat dan angan-angan yang aku harapkan .. Semoga aku bertemu dengan jodoh yang telah diredhai oleh Allah dan boleh membimbing aku menjadi seorang isteri yang solehah dan ibu yang mithali .. Aku akhiri post entry kali ini dengan ucapan Assalamualaikum dan selamat malam :D



Suke ? Berikan komentar anda..

Selasa, 15 Januari 2013

Selamat tinggal 2012 , selamat datang 2013 :D

Assalamualaikum ...

Ya allah , dah berapa lama aku tak buka blog nie .. Dah berhabuk + bersawang kot .. Penat aku nak mengemaskini semua benda dalam blog nie.. Okay2 , berbalik kepada tujuan asal kita , pada tahun lepas banyak peristiwa dan kenangan yang telah berlaku sepanjang tahun 2012. Pada tahun lepas , aku kehilangan seorang ahli keluarga yang paling rapat dengan aku .. Akhirnya kau pergi tiqa juga setelah kau tidak dapat bertahan melawan penyakit yang menyerang kau .. Kesedihan yang tak dapat dibendung semasa aku menulis post nie.. Sedangkan post yang terakhir aku tulis adalah berkaitan dengan dirinya :'( Suka duka , pahit manis , tawar masin semua telahpun berlaku tanpa kita sedari .. Aku berharap pada tahun ini , tahun yang memberikan seribu makna di dalan hidup aku sekeluarga .. Dengan ini , aku akhiri penulisanku dengan ucapan semoga berjaya mengejar apa yang aku inginkan .. Jumpa di lain entry .. Bye dan assalamualaikum :D
Suke ? Berikan komentar anda..

Rabu, 18 April 2012

Sumpah ! Aku rindu segala tentang kau :'(

Salam , pada mulanya aku tak tahu apa masalah yang kau hadapi .. Tapi bagi aku , semuanya telah terlambat kerana apa yang berlaku sekarang dah tak ada guna lagi . Bukan aku tak ambil peduli pasal kau tapi apa yang aku nak buat .. Aku sanggup habiskan masa untuk kau wahai sepupuku .. Walaupun keadaan kau sekarang yang tak seperti dulu , aku sebagai sepupu kau patut buat sesuatu agar kau takkan lupa segala kenangan kita . Aku sedih bila aku dapat tahu kau ade kanser . Aku sedihh sangat-sangat ! Aku betul-betul rindukan suara kau , tawa hilai kau .. semuanya yang berkenaan dengan kau :'(  Kau yang dulunya ceria , sekarang telah berubah serta merta ! Apa yang aku harapkan aku takkan kehilangan kau ! Aku mahu kau yang kuat dan tabah bukan yang macam sekarang lemah dan tak bermaya ! Aku sentiasa doakan kau agar kau cepat sembuh dan sihat agar kita boleh bersama-sama menjalani kehidupan kita ! ~~Aminnnn~~


Raya tahun 2011
    




Aku dan dia ! <3<3<3
                                          
Suke ? Berikan komentar anda..

Isnin, 9 April 2012

Indahnye rasa bila dicintai !

Salam dan selamat sejahtera . Dah lama rasenya tak update cerita pasal diri aku kan ? Aku sebenarnya saja je membusykan diri dengan rutin harian dengan harapan akan mendapat ilham untuk menulis dalam blog ini .. Jika dilihat pada tajuknya , korang mesti pikir aku sedang bahagia kan ? Pada luarannya ye tapi dalaman hancur berderai bagaikan pasir di lautan lah katakan . Aku sedang mencari-cari siapa lah Mr.right yang sanggup menerima diri ini seadanya . Aku teringin untuk merasa kebahagian yang dirasai oleh semua orang .. Sedih tak kepalang bila aku mula teringat semua itu .. Aku masih mengharapkan seseorang itu kerana pada aku , dia adalah yang terbaik untuk aku walaupun rupanya kurang dan tak memiliki harta yang banyak . Tapi sayang , dia milik orang lain .. Sanggupkah kau melihat aku menunggu dirimu walaupun ku tahu kau takkan jadi milikku ? Aku dah membayangkan masa depan kita apabila kita susah disatukan menjadi suami isteri .. Aku mahu menjadi seorang ibu kepada anak kau wahai cinta hatiku .. Aku tahu disebalik hatimu tersimpan satu perasaan yang sama apa yang aku rasakan sekarang .. :( Aku hanya mampu berdoa kebahagian kau dan si dia . Biarlah aku keseorangan menempuh hidup yang penuh dengan cabaran ini ..  wsalam  :((
Suke ? Berikan komentar anda..