Isnin, 26 September 2011

Open house !!!

Salam , semalam adalah hari yang paling enjoy sekali apabila kawan sekolej aku iaitu Syaza syahirah membuat sedikit jamuan untuk kitaorang semua .. Thanks tau kerana sudi menjamu kitaorang yang jauh datang ke rumah sya.. HAHA , jauh kot aku datang dari meru nak ke gombak naik KTM lepas itu naik lak LRT .. pergghh , boleh patah pinggang weii .. pergi berdiri , balik pun berdiri .. HUHU .. Tapi semua itu tak menjadi masalah bagi aku yang kuat berjalan .. Sekejap lagi korang akan disajikan dengan picture  khas untuk tontonan semua .. Saksikan  lah ...


Ini adalah juadah yang telah disediakan .. (Nasi ayam)

Geng wanita ( dari kiri : ema , chandra , sya *tuanrumah* , aku dan dila )

Geng lelaki ( dari kiri : arif , black dan fariz )

Naim ( tertinggal ) HAHA ... :)

Tiga dara pinggitan .. ( dari kiri : sya , aku dan dila ) <3<3<3

Setelah penat melepak di padang berhadapan rumah Sya .. :) really enjoy it ..


Dengan itu , habislah sudah ceritera pasal semalam .. Aku dan kawan-kawan amat menghargai niatbaik sya itu ye.. Apapun memang terbaiklah semalam itu sya .. Sampai disini sahaja , kita jumpa lagi di lain entry .. Salam dan bye.. <3<3<3
Suke ? Berikan komentar anda..

Sabtu, 24 September 2011

Akhirnya !!

Salam , aku tak ada mo0d nak tulis entry kali ini sebab aku sedih gila .. Rasa macam 'down' gila kot .. Aku nak kau tahu kawan yang aku just minat kau je ..bukan jatuh cinta mati dekat kau pun ... Kan aku pernah cakap yang aku dah fobia dengan cinta lelaki .. Janganlah desebabkan ini , kau berterus - terusan bermasam muka dengan aku.. Ingatlah kau akan nampak muka hodoh ini selama 4 tahun tahu .. Entah-entah aku dalam masa 4 tahun itu dah ada tunang kot .. Aku taknak lah kau anngapa aku ini macam musuh kau kot ! Aku ada wanita .. ada perasaan juga .. Kau kena faham tahu.. Okay lah , aku harap kau dapat berfikir dengan waras tentang semua ini .. Salam .. :(
Suke ? Berikan komentar anda..

Khamis, 22 September 2011

Nasi sudah menjadi kerak !!!

Salam , aku dah tak tahu macam mana lagi nak berterus terang dekat dia yang aku ini just minat sahaja kat dia bukan jatuh cinta okayyy ... Aku just minat je , minat aku tu dah boleh buat orang itu terus taknak bertegur sapa dengan aku langsung..Apa kau ingat aku ini takda perasaan ke ?? Lain lah kalau aku ini tunggul kayu kan..Boleh lah kau buat aku macam itu..Kau boleh  bayangkan tak kita ini akan bersama-sama juga selama empat tahun..Lama tak ?? Mesti masa itu , kau dah muak nak tengok muka aku kan..?? Kan aku dah pernah cakap yang aku ini dah fobis dengan cinta..Tak paham lagi ke ?? Aku taknak lah disebabkan aku punya minat itu , kau tarik muka dengan aku !!! Aku terasa lah sengal !!!! Janganlah buat perangai budak-budak..Kita ini dah tahap matang lah katakan..Tapi kau ??? Malaslah aku nak cakap kan..Nanti makin teruk lah situasinya..Sekarang ini aku dah tak kisah dah kau nak cakap apa..Tapi yang penting , bagitahu aku apa salah aku dekat kau itu ?? Dahlah , aku nak kau fikir apa yang terbaik untuk persahabatan kita ini..Janganlah kau nak putuskan hubungan silaturahim yang kita dah jalinkan ini..Okaylah , aku dah taknak cakap apa-apa lagi, nanati kau sangka buruk lak dekat aku..So , jaganah diri kau itu baik-baik okayy.. (walaupun aku dan kau sentiasa bersama-sama ke mana sahaja dengan kawan-kawan kita).. :(
Suke ? Berikan komentar anda..

Selasa, 20 September 2011

Setiap manusia melakukan kesilapan...

Salam , aku tahu kau dah tak nak lagi bercakap dengan aku hanya kerana aku minat dekat kau je...Tak salah kan kalau minat je..Kalau aku silap,tegurlah aku tapi bukan cara macam ini..Menyepikan dan melarikan diri macam aku ini dah melakukan kesalahan yang paling besar sampai kau pun dah menyampah tengok muka aku ini kan ?? Aku sedar siapa diri ini .. Aku tak cantik pada mata kau dan semua orang yang kenal aku.. Aku tak pandai menghias diri macam perempuan-perempuan yang cantik dekat sekeliling kau itu..Aku rela kalau kau taknak bercakap dengan aku tapi maafkanlah dulu semua kesilapan aku sepanjang perkenalan kita ini.. Okayyy , jangan lah kau simpan semuanya didalam hati... Dengan ini, aku mengundurkan diri untuk kesenangan hatimu wahai kawan... :(
Suke ? Berikan komentar anda..

Isnin, 19 September 2011

Demam !! :(

Salam , hari ini aku demam , so tak dapatlah aku update entry-entry yang fresh dari kepala otak aku ini..Mata pun dah sangap nak tidur dah ini...Tolong lah , aku tak suka makan ubat kot..Pahit gila kot kalau telan..Aku telah dijangkiti oleh adik aku !!! Siaplah kau balik nanti dari sekolah !! Aku dah lah kalau demam , sifat kemalasan itu akan kembali menlanda diri aku..So , adik ku yang bongsu , janganlah kau marah kakak kau yang malas ini okayyy..Sayang adik sampai bila-bila (senang cerita sampai mati lah ) HAHA... Okaylah , harap semua kawan-kawan dapat menjaga kesihatan okayyy...Salam dan Bye.. :)
Suke ? Berikan komentar anda..

Ahad, 18 September 2011

Sunyi hidupku tanpa teman.. !!!


Salam , kadang kala kita tak dapat lari daripada kesepian hidup..Aku juga tidak terlepas daripada merasakan semua itu..Aku berasa sangat bersyukur kerana aku dapat merasakan perasaan yang aku sendiri tak duga dan kawal..Sejak kebelakangan ini , aku sendiri tidak pasti apa yang sedang berlaku pada diri aku sekarang..Aku asyik merasakan bahawa aku ini sensitif tentang sesuatu perkara yang amat remeh plus temeh..Aku sendiri pun tak pasti apa yang aku lakukan sekarang..Sensitif pada benda  yang selalu dibualkan dan selalu juga aku lakukan..Tapi perasaan itu juga, aku merasakan aku tidak normal seperti orang lain..Kadang kala aku sukar untuk memahami apa yang sebenarnya aku nak dalam hidup aku ini...Aku juga mahu normal seperti orang lain..Tidak ingin sesat dan mundur ke belakang lagi...Ya allah , tolonglah hambamu ini supaya hambamu ini mudah mendapatkan apa yang ia mahukan serta kembalikanlah ia ke jalan yang redhai olehmu ya allah..Sesungguhnya engkau maha pengasih lagi maha mengetahui..Amiiiinnn.. :,(

Suke ? Berikan komentar anda..

Isnin, 12 September 2011

First day untuk 2ND semester..

Salam , hari ini ialah hari pertama untuk register subjek untuk second semester setelah dua minggu meninggalkan kolej yang tercinta..TERCINTA ke ???? HAHA.. semestinya lah..Jangan ingat aku tak sayang ye.. Time kiteorang register subjek tu kan , alangkah terkejutnya aku apabila tengok subjek-subjek yng bakal aku pelajari..Amboiii , bukan main susah lak ..Tapi aku harap aku dapat catch-up semua subjek untuk second semester nie..Aku dah tak nak main-main macam dulu lagi..Rasa macam menyesal lah dulu asyik main-main je dalam pembelajaran..Kali ini aku nak struggle betul-betul..HAHA , boleh ke yana oiii ???? Kau tu dahlah lemah dalam math kan ?? Boleh ke catch-up semua tu ??? Apa-apa pun tak salah kan kalau mencuba !! Aku akan cuba sampai aku boleh..Doakan aku boleh ye..Okaylah , aku pun dah penat nak memerah otak ! Apa-apa pun jumpe dekat entry yang lain okay..Bye dan salam... :D

Suke ? Berikan komentar anda..

Rindu untuk bersamamu KAWAN !!

Wawa ( kelabu ) bersama kakaknya... <3<3






Salam , inilah kawan baik aku yang paling aku sayangi..Aku bersyukur sangat-sangat pada tuhan kerana mengurniakan aku seorang kawan baik yang aku sayangi..Siapa sangka kita akan berjumpa dalam keadaan yang kita jangkakan..Dulu, aku tak minat nak berkawan dengan dia ini tapi tuhan nak bagi aku peluang untuk berkenalan dengan dia dalam masa yang singkat sahaja...Aku tak pernah terfikir akan dapat kawan sebaik dia..Aku hanya dapat doakan yang terbaik untuk dia dan suaminya serta bakal anak yang akan dilahirkan..Korang tengoklah perut dia tu , dah sarat kot aku tengok...Tapi yang paling penting aku sayangkan dia sangat-sangat !!!! <3<3<3<3 more love to her..mmmuuuaaahhh !! Aku akan jaga dan sentiasa ingatkan kau dalam ingatan dan doaku juga...Dirimu begitu berharga kepada hidupku Rafidatul Azwa.. Aku sayangkan kau ketat-ketat... Huhu.. Semoga kau bahagia dengan hidup kau sekarang... :)

Suke ? Berikan komentar anda..

Jumaat, 9 September 2011

Sampai bila ye aku harus begini !!!!

Salam , aku dah mula berubah sedikit demi sedikit..Bukan berubah bentuk badan okayy , tapi perubahan terhadap emosi aku..Sekarang aku terlalu cepat sensitif terhadap sesuatu perkara yang aku anggap perkara kecil bagi mereka yang mengenali diri ini..Sejak aku jadi macam ini, aku selalu merajuk untuk perkara yang remeh-temeh je kottt...Adakah perubahan ini untuk selamanya??Aku tak sanggup lagi kembali ke takuk lama..Sakit wooo...Aku rasa macam aku dah kehilangan seorang kawan yang selalu mendampingi saat senang dan susah ! Kawan aku itu lebih kepada teman istimewanya berbanding aku..Aku tak punya teman lain selain kau kawan tapi kau dah berjaya buat separuh jiwa aku pergi selepas bekas pakwe aku buat pada aku dulu..Kau sanggup ke nak kembalikan jiwa aku yang dah lama hilang itu ???Kalau tak , segeralah kembali kepada kawanmu yang telah berputus asa dalam hidup dia..Aku dah tak sanggup mengingati orang yang tak pernah ingat pada aku...Apa-apa pun kau kena juga bertanggungjawab atas perbuatan yang kau lakukan...Ingatlah aku walaupun kau sedang berbahagia disamping dia..Sekian.. :(

Suke ? Berikan komentar anda..

Khamis, 8 September 2011

Gilalah kalau macam ini..!!!!

Nilai hantaran kahwin mengikut harga purata terkini dan status pelajaran sekarang :-
UPSR/PMR : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,00-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM 12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000

Memang tak masuk dek akal semua ini..Kalau betul lah nilai hantaran macam ini, jawabnya banyak lah yang jadi andartu nanti..Bukan sebab apa, sebabnya mestilah lelaki itu tak sanggup nak kahwin dan mencari wang sebanyak itu..Tak mustahil bagi yang berkemampuan tapi mustahil bagi yang kurang berkemampuan..Ini dah macam jual anak pun ada..Tapi kalau bagi aku , cukuplah kita berserdehana dalam berbelanja..Takut-takut nanti bila dah kahwin, melarat dengan hutang je...Dalam islam pun ada cakap macam aku cakapkan tadi..Sebab itulah banyak keluar dalam suratkhabar yang lelaki sanggup kahwin dengan orang luar dari orang dia sendiri..Memang gila lah bagi aku..Kalau aku lah , aku takkan minta sampai macam itu sekali..Cukuplah dengan majlis doa selamat dan persandingan sahaja..Lelaki mana yang sanggup nak wang hantaran mengalahkan nak beli sebuah rumah..Huhuhu..Apa-apa pun janganlah berboros sangat apabila nak buatkerja kahwin...Macammana 'grand'nye sesuatu majlis itu,kalau tak ada orang datang pun..tak guna juga...Bak kata pepatah melayu kita..'Ukur baju di badan sendiri'...Sekian ,terima kasih...

Suke ? Berikan komentar anda..

Cuti bakal berakhir ..

Salam , akhirnya aku akan menjejakkan kaki ke tempat itu semula..'Tempat itu semula'???Mesti korang nak tahu kan tempat apa itu...Mestilah kolej aku untuk aku menimba ilmu..cewaaah,ayat poyo lah kau nie yana..Aku tak sabar nak jumpa kawan-kawan aku setelah lama bercuti dan semestinya si dia yang aku minati..Mesti best kan kalau kita buat aktiviti yang kita dah tangguh sebulan lepas..Sebab bulan lepas kita kan tengah menjalani ibadah puasa..Jangan buat-buat lupa ye bagi sesiapa yang rasa dia tak puasa itu,..Kenalah ganti balik apa yang korang tinggalkan itu..Dahlah korang semua tak malukan makan dekat depan public walaupun time tu tengah puasa..Ermmmm, apa nak jadi lah kan ?? Dah-dah malas nak flashback lagi pasal itu semua..Sekarang ini , aku tengah kena beli buku dengan stationery yang baru..Huhu..Okaylah , aku dah tak tahu nak update apa lagi..Kita jumpa di kolej ye kawan-kawan..See you soon..<3<3<3 :)

Suke ? Berikan komentar anda..

Rabu, 7 September 2011

Bosan !

Salam , cepatlah masuk semester dua ! Aku dah bosan gila ini duduk dekat rumah macam orangbodoh je..Tapi aku tak bodoh ye ...Aku takut juga nak masuk semester dua ini , bukan takut sebab apa..aku cuma takutkan yang aku kena repeat paper balik..Adoooiiii, aku taknak lah buat kerja dua kali dalam hidup aku..Kalau aku dah tak tahan sangat, nak aje aku berhenti belajar dan kerja macam dulu..tak adalah aku menyusahkan makbapak aku lagi..Sejak aku belajar balik ini kan,aku rasa macam aku dah banyak habiskan duit diaorang itu..Kadang-kadang aku kesian gak tengok makbapak aku kerja keras nak sekolahkan aku dan adik-adik aku..Aku rasa taknak bagi mereka bebanan lagi..Aku sanggup kerja untuk mereka tahu..Aku harap aku akan dapat luangkan masa untuk lakukan pekerjaan yang boleh membantu mereka...

Suke ? Berikan komentar anda..

Selasa, 6 September 2011

Aku dah jatuh cinta dekat kau tapi kau pula macam mana ??

Salam , seriously aku memang dah mula sayangkan kau tahu..Tapi kau ada tak rasa macam yang aku rasa ??Aku rasa macam aku dah boleh terima lelaki macam kau dalam hidup aku tapi aku still lagi takut untuk dikecewakan untuk kali yang ketiga ! Aku takut lepas apa yang aku dah lalui itu akan membuatkan hidup aku kembali seperti  dahulu .. Dulu , aku ini memang mesra dan happy go lucky tapi selepas apa yang terjadi dalam hidup aku . aku terus rasakan diri aku 'down' gila sampai aku tak confident pada diri aku sendiri..Tapi semua itu  aku pupuk sampailah aku jumpa kau..Bila aku dekat dengan kau ,aku rasa aman je..Aku happy je bila tengok muka kau depan muka aku..Bila kau tiada , aku rasa macam nak follow kau je ..Ermmm , aku harap kau jangan lah buat hidup kau kembali macam dulu..Aku memang perlukan kau dalam hidup aku..Aku nak kau ubah hidup aku dengan cara yang baru..Apa-apa pun aku rasa puas bila dapat luahkan semuanya dekat dalam ini..Aku harap kau dapat 'detect' apa yang aku cuba sampaikan ini..Jangan pernah berubah bila kau dapat tahu kebenaran ini...Kadang-kadang kebenaran itu memang menyakitkan tapi aku harap kau akan rasa bahagia yang aku rasakan sekarang ini..Aku juga berharap kau rasakan kasih sayang aku walaupun kita hanyalah seorang kawan !!!

Suke ? Berikan komentar anda..

Isnin, 5 September 2011

Untunglah pakai blackberry !

Salam . bila lah aku nak pakai telefon baru ni.. Jealous lak aku tengok adik aku dah pakai BB sekarang ! Aku nak juga merasa pakai telefon baru... Aku rasa macam susah je bila dah jatuh saham ini..Dah lah aku ini jenis yang suka ambil gambar dan dengar lagu.. So, bila dah tak ada telefon ni , macam susah je nak menjalani kehidupan seperti biasa.. HAHA .. Eh yana , kau ingat kalau kau cakap je , dapat ke ? =) Kenalah berusaha untuk dapatkan benda yang kau nakkan itu.. Dahlah , aku pun malas nak fikir bila aku nak dapatkan semua itu.. Kalau ada rezeki, dapatlah aku pakai barang yang aku nak itu.. Huhu.. okaylah , sampai disini sahaja entry untuk kali ini.. Jumpa lagi di entry yang lain.. Salam dan bye..=P

Suke ? Berikan komentar anda..

Hati ini semakin sakit dengan perangai kau !!!!

Salam , aku memang tak sangka lah kau boleh buat aku macam ini,, Aku harapkan yang terbaik daripada kau tapii apa yang aku dapat cuma rasa sakit hat yang tak terhingga dek perbuatan kau terhadap aku !!! Aku dah muak lah tengok semua ini.. Aku nak juga merasakan kehadiran seorang kawan yang boleh membantu aku tapi tak mungkin aku akan dapat semua itu ! Aku dah tawar hati terhadap kau tahu tak ! Kau lagi pentingkan hubungan kau dengan pakwe kau daripada hubungan kau bersama kawan baik kau sendiri !!! Kau penting tahu tak dalam hidup aku... Dulu , kita tetap bersama walaupun apa yang berlaku antara kau dan aku.. Tapi sekarang semuanya berubah bila kau bertemu dengan si dia ! Aku boleh meluangkan masa dengan kau walaupun masa itu aku tengah sibuk dengan kerja tapi kau pernah tak luangkan masa untuk aku hanya untuk 15 minit sahaja ! Tak mungkin kau boleh buat macam aku buat dekat kau ! Segalanya terpulang pada kau untuk membaiki balik persahabatan kita yang telah kau sendiri hancurkan dengan tingkah laku kau ! Aku berharap kau akan sedar apa yang telah kau lakukan pada aku ....

Suke ? Berikan komentar anda..

Ahad, 4 September 2011

Semakin hari semakin menjadi-jadi..

Salam , sumpah aku memang dah tak berkenan dengan kau.. Asal dengan kau ye ??? Aku dah muak tahu tak tengok muka yang tak bersalah tu.. Kau tak ada hati perut ke dekat keluarga aku ?? Kau buat keluarga aku ini macam orang lain yang takda tali persaudaraan dengan kau.. Aku pun tak ingin ada makcik macam kau !!! Selama ini , kau dah banyak menyusahkan keluarga tahu tak ? Keluarga aku banyak cover cerita pasal kau dekat semua saudara mara kita ! Itupun sebab kau mengaku yang kau takda saudara lagi.. Kau ni bodoh ke sampai kau boleh fikir macam itu ?? Lagipn kau dah nak kahwin kan ?? Kau nak harapkan keluarga belah laki kau je ?? Jangan harap lah wei..sedangkan keluarga kau pun kau tak habis 'explore' lagi, inikan ada hati nak explore keluarga laki kau.. Sedar-sedarlah kau tu ada kemaruk nak berlaki.. Kau kata aku gatal , kau itu 100 kali ganda gatal miang dari aku tahu tak...Kau tengok apa yang akan aku lakukan pada kau satu hari nanti..Aku rasa kau memang tak layak jadi makcik aku tahu tak... !!!

Suke ? Berikan komentar anda..

Jumaat, 2 September 2011

Kau yang mulakan , kau juga yang menyusahkan !

Salam , aku malas betul bila ada orang yang dah mulakan sesuatu benda itu akan menyusahkan orang lain juga.. Tak adil lah bagi keluarga aku kan bila ada seorang dalam keluarga kita sendiri merasakan kita hanya menyusahkan bagi diri dia. Kau tu dahlah ahli keluarga aku, tak akan lah kau rasa kitaorang ni nak susahkan kau.. Kau yang nak buat majlis , kau settlekan lah sendiri .. Kalau kau boleh buat semuanya sendiri termasuk persiapan majlis itu , kenapa lak kau mesti nak susahkan aku lak ??? Aku bosan tahu tak dengan perangai kau yang asyik berat sebelah je..Pernah tak kau fikir pasal perasaan keluarga aku ? Kau anggap keluarga aku macam musuh kau ..Kau kena ingat bahawa aku tak pernah rasa bangga ada kau dalam keluarga aku.. Kau yang buat aku jadi macam ni.. So, sekarang kau dah puas hatilah tengok aku semakin hari semakin membenci kau ! Apa yang keluarga aku buat kau tak pernah pun nak hargai.. Kau anggap semua itu macam sampah ! Kalau sekarang kau buat keluarga aku macam ni, kau tunggulah aku balas semua bila aku rasa aku dah cukup membenci kau dalam hidup aku..

Suke ? Berikan komentar anda..

Khamis, 1 September 2011

Tersentap denganmu KAWAN !

Salam  , entry kali ini memang aku buat dari naluri hati aku sendiri.. Aku memang dah tak dapat nak simpan dan tahan lagi semua ini..Memang aku tersentap gila dengan perangai kau kali ini , tapi kau buat tak endah je dengan perasaan aku ini.. Aku memang dah lama nak cakap tapi disebabkan kau tu kawan lama aku , aku tak sanggup sampai aku pendam seorang-seorang benda ini.. Dulu , bila kau susah , pandai kau tekan punat telefon kau terus sampai dekat nama 'IQMALIANA'... Sekarang , bila kau dah senang , nama aku pun kau tak panggil, aku pun kau tak telefon dan sms.. Aku je yang ingat dekat kau tapi kau ada tak ingat dekat aku..Macam mana sekali pun kau busy, aku tetap ingatkan kau kawan.. Tapi memang hari tu , bila aku dengar kau cancelkan janji kita , aku mula menangis pasal kau untuk pertama kaliNYA.. Aku tak sangka kau sanggup lukakan hati seorang kawan kau yang bersusah payah tolong kau kalau kau susah.. Pernah tak kau terfikir , apa perasaan aku bila dapat tahu kau mainkan perasaan aku ??? Tapi walau apa pun aku memang tengah touching dengan kau kawan..Aku dah tak dapat rasakan yang kau perlukan aku lagi dalam hidup kau.. Kau berbahagialah bersama si DIA , aku tak akan ganggu hidup kau lagi kawan ! Sampai disini entry aku .. Jumpa lagi di entry seterusnya.. Salam dan bye..
Suke ? Berikan komentar anda..