Rabu, 18 April 2012

Sumpah ! Aku rindu segala tentang kau :'(

Salam , pada mulanya aku tak tahu apa masalah yang kau hadapi .. Tapi bagi aku , semuanya telah terlambat kerana apa yang berlaku sekarang dah tak ada guna lagi . Bukan aku tak ambil peduli pasal kau tapi apa yang aku nak buat .. Aku sanggup habiskan masa untuk kau wahai sepupuku .. Walaupun keadaan kau sekarang yang tak seperti dulu , aku sebagai sepupu kau patut buat sesuatu agar kau takkan lupa segala kenangan kita . Aku sedih bila aku dapat tahu kau ade kanser . Aku sedihh sangat-sangat ! Aku betul-betul rindukan suara kau , tawa hilai kau .. semuanya yang berkenaan dengan kau :'(  Kau yang dulunya ceria , sekarang telah berubah serta merta ! Apa yang aku harapkan aku takkan kehilangan kau ! Aku mahu kau yang kuat dan tabah bukan yang macam sekarang lemah dan tak bermaya ! Aku sentiasa doakan kau agar kau cepat sembuh dan sihat agar kita boleh bersama-sama menjalani kehidupan kita ! ~~Aminnnn~~


Raya tahun 2011
    




Aku dan dia ! <3<3<3
                                          
Suke ? Berikan komentar anda..

Isnin, 9 April 2012

Indahnye rasa bila dicintai !

Salam dan selamat sejahtera . Dah lama rasenya tak update cerita pasal diri aku kan ? Aku sebenarnya saja je membusykan diri dengan rutin harian dengan harapan akan mendapat ilham untuk menulis dalam blog ini .. Jika dilihat pada tajuknya , korang mesti pikir aku sedang bahagia kan ? Pada luarannya ye tapi dalaman hancur berderai bagaikan pasir di lautan lah katakan . Aku sedang mencari-cari siapa lah Mr.right yang sanggup menerima diri ini seadanya . Aku teringin untuk merasa kebahagian yang dirasai oleh semua orang .. Sedih tak kepalang bila aku mula teringat semua itu .. Aku masih mengharapkan seseorang itu kerana pada aku , dia adalah yang terbaik untuk aku walaupun rupanya kurang dan tak memiliki harta yang banyak . Tapi sayang , dia milik orang lain .. Sanggupkah kau melihat aku menunggu dirimu walaupun ku tahu kau takkan jadi milikku ? Aku dah membayangkan masa depan kita apabila kita susah disatukan menjadi suami isteri .. Aku mahu menjadi seorang ibu kepada anak kau wahai cinta hatiku .. Aku tahu disebalik hatimu tersimpan satu perasaan yang sama apa yang aku rasakan sekarang .. :( Aku hanya mampu berdoa kebahagian kau dan si dia . Biarlah aku keseorangan menempuh hidup yang penuh dengan cabaran ini ..  wsalam  :((
Suke ? Berikan komentar anda..